Kuala Lumpur - Penyanyi Siti Nurhaliza, 27 tahun telah membuat sidang media tengah hari tadi bagi mengesahkan akan desas-desus antara beliau dengan Datuk Khalid Jiwa, 47 tahun atau lebih dikenali sebagai Datuk K.
Beliau telah mengakhiri teka-teki dan spekulasi yang telah dibuat oleh pihak media selama ini dengan membuat pengumuman secara rasmi bahawa akan bernikah dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilaya Persekutuan, Kuala Lumpur. Tarikh ini secara kebetulan jatuh pada hari ulang tahun perkahwinan ke-38 tahun ibu bapa Siti. Majlis persandingan mereka akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 28 Ogos 2006 pula.
"Bukan Siti tidak mahu membuat mengakuan sejak awal lagi, cuma belum ada masa yang sesuai untuk diumumkan", jawab Siti tentang merahsiakan kisah cintanya bersama Datuk K.
Bila diaju soalan tentang bermulanya bibit percintaan mereka, beliau tidak menafikan bahawa telah mula rapat pada Datuk K sejak persembahannya di Royal Albert London Hall pada April tahun lalu.
Ketika ditanya akan keistemewaan Datuk K, Siti menjawab,
"Kasih sayangnya terhadap anak-anak beliau yang menbuat saya kagum".
Sidang media yang berlangsung di Zon on the Park , Jln Ampang itu dihadiri oleh ibu bapa Siti,kakak Datuk K dan pasangan itu sendiri.
Bapa Siti, Encik Tarudin turut berkata, " Saya secara umum memberi restu akan perkahwinan antara Khalid dengan anak saya Siti Nurhaliza".
Majlis yang dikatakan oleh pasangan itu akan berlangsung secara serba sederhana sahaja tapi meriah. Radzuan Radzwill, Michael Ong dan seorang pereka dari Indonesia merupakan antara 5 pereka fesyen yang akan mereka pakaian Siti pada majlis-majlis tersebut. Nurul Shokur pula adalah antara 2 jurusolek yang telah dipilih oleh Siti dan seorang lagi akan diterbangkan khas dari Jakarta.
Persandingan yang akan berlangsung itu, berkonsepkan perkahwinan dalam taman dan bakal menghidupkan semula suasana seperti video kilp Percayalah dan Bukan Cinta Biasa. Para peminat juga akan dapat berpeluang untuk menyaksikan majlis persandingan itu antara 5 hingga 6 petang pada 28 Ogos 2006.
Majlis persandingan di Kuala Lipis, Pahang akan berlangsung pada 3 September 2006 bagi sambutan 'menerima menantu'.
- Utusan Unggasrimba(TM)
*hak cipta terpelihara.
Monday, July 17, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
TQ for the link to this report...adoii...happy for dato K and ct...tapi pastinya ramai jejaka yg kecewa *wink*
Be happy...
Idham
Kita berdoa sahaja akan kebahagian mereka berdua. Semoga berkekalan hendaknya. Amin.
And berdoa utk kebahagiaan anak-anak Datuk K sekali ... :)
And his Ex-wife ???
i was asking some1 who watched the PRESS conference on siti and datuk k...hemm...CAM PENGUMUMNAN MASUK PUASA DAN HARI RAYA PULAK ha... so did they annouce by the MOHOR-MOHOR diRAJA? ahaks ..hooray..ESOK HARI RAYA dah!!! or was it lusa?
ahaks...sorry...am not myself..lah
Ya .. agree .. macam nak umumkan satu peristiwa dunia yg besar & serious.
Sampai berita lain yg lebih penting kena sidelined.
Funny how some people can say, "Dah jodoh dia ..." when it comes to CT & yet the same people can paint a monster bila kes begini melibatkan org lain/org biasa yg bukan selebriti
And nobody thot about how his ex-wife feels ???
Well...that's Siti for u. She had all this well planned and a great strategy team behind her. She always says the right things at the right time, at the right place and to the right people at the right opportunity. Amazing ah?
All these are not pure coincidence but meticulously planned and stragetised.
We have been influenced by the culture that she has created; that whatever she said seems so right and we really ought to believe her.
Maybe i should interview Tengku Zawiyah on this whole hype to write a feature on this?
Pasti hot!
I already know her side of the story.
And my heart goes out to her ...
Everytime the media makes a big deal of the romance (CT & Datuk K)people forget that her heart bleeds ....
To put her son in that position "We just want want Papa to be happy" Oh ... so selama ni Mama tak buat papa happy ???
And you don't want yr Mama to be happy ???
I do not blame CT but since she's building her happiness on someone else's airmata, she shud be more sensitive sekalipun dia famous seantero dunia
Post a Comment