Saturday, July 15, 2006

Harga Diriku Ini

Hinanya terasa bila harga diri
diejek-ejekkan
dipersendakan
dibeza-bezakan
dipertawakan

Sedihnya terasa
bila diri ini tidak dihargai
bila masih tiada yang mengerti
bila tiada belas kasihi

Pilunya terasa
tika diri ini
diambil mudah
diambil endah tak endah

Kasih,
kering sudah airmata ini
nangis pun tiada berlagu lagi
sudah nasib memang sebegini
apa lagi yang boleh diharapkan lagi
selain diri yang tiada daya ini
menggapai kekuatan di langit tinggi

3 comments:

dzan said...

salam unggasrimba,

hemm....dah lah background blog kau ni malap...suara-suara dan bunyi pun kian lembab...

kenapa deh?

jangan mudah tersalah erti
dengan kata yang sering menyekat makna

kita adalah beza
engkau adalah makna
aku adalah suara
mereka adalah illusi

yakinlah pada diri
keberadaan bukanlah sekadar nama
tapi suatu jati yang berperi
melata mempersembahkan jawapan
dikemukaan kudratnya Tuhan

harga diri datang
bila hilang rasa berharap
dari manusia yang tak boleh diharap

//sebenarnya, sahabat sejati adalah yang tiada terus memberi illusi//

Unggas Rimba said...

Terima kasih kerana meyakinkan diri. Tapi bukan keyakinan diri yg dicari. Tapi kehormatan diri.

dzan said...

hanya orang yg tdk tahu menghormati orang lain saja akan hilang kehormatan diri