Wednesday, May 24, 2006

Salju Terpilu

memang sebenarnya
aku salju yang terpilu
hati yang lara
telah lama terluka
sangsi akan keadaan
yang aku berdiri selalu

rindu aku pada
bisikan kata-kata indah
genggaman erat
pelukan hangat
tarikan semangat

kerana aku sering menggigil
kedinginan kesejukan
tiada lapisan tiada sarungan
untuk membalut hati yang hampir beku

setiap kali aku menarik
ada saja tarikan hebat dihujung sana
setiap kali aku mendayung
ada pula ombak yang menghanyut jauh

sedang kau dideru ombak
sedang kau dilanda taufan
tiada degupan yang dirasai
tiada susulan yang meyakinkan
tiada pekikan yang kedengaran
meyakinkan diri agar sabar menanti

pernah aku sabar menanti
pernah aku meyakinkan diri
tapi pernahkan terlintas
bahawa aku ketakutan setiap hari

sebab kau punya segala-galanya
sementara aku tidak punya apa apa
hanya bersendirian
tak berteman
sering kesorangan

Sunday, May 07, 2006

Cemburu

Ada apa dengan cemburu
Apakah ia suatu perasaan yang terpendam
Atau sayang yang mendalam

Mengapa sanggup cemburu
Jika diri tak mampu
memberi kasih yang diburu

Mengapa sanggup cemburu
Jika hati tak mahu bercelaru
Dan akal kian menjadi buntu

Wednesday, May 03, 2006

Telah

Sayang....
Kata kata ini aku susun di kejauhan diri
Ketika telah memahami
Biarpun bercinta dengan mu terlalu indah
Namun memutuskannya kian terluka

Sesungguhnya amat berat untuk dikhabarkan
Tapi aku juga telah tiba dipenghujung kesabaran
Sebelum lebih menderita
Biarlah aku yang memberikan keputusan

Akan ku redha
Suratan takdir
Telah lama menunggu
Dan masa berharga yang ada
Sesia berlalu
Kau memberi harapan yang palsu

tiada ketelusan
tiada keberanian
tiada pendirian yang nyata
telah lama menanti jawapan pasti
terkulai kini janji janji

Monday, May 01, 2006

Air Mata Di Kuala Lumpur

jatuh berderai di tanah seberang
tidak terkawal oleh hati dan perasaan
bila terkenang memori indah
yang hanya hidup dalam kenangan

hancur musnah harapanku
hilang sudah dimamah waktu
tak mampu diteruskan
perjuangan yang tiada kemenangan

apakah benar aku terperangkap diawan-awanan
atau tertipu dalam sandiwara dunia
yang aku mementaskannya sendiri
oleh pelakon
yang tak komitted
yang tak berbakat
tapi merangkul anugerah setiap hari

manakah hilang nilai seni sandiwaraku
yang telah lama mengalir di dalam diri?

jika yang indah itu hanya sementara
biarlah detik pilu ini satu pengalaman
tiada guna untuk dikesali
tiada perlu dihangatkan lagi
oleh bara api
yang terpendam disanubari

sering menanti penenang hati
walau hanya setitis embun dipagi hari
yang akhirnya mencurah berlinangan lagi
di Kuala Lumpur ia terjadi