Wednesday, June 21, 2006

Pantun Pertama

Gula disenduk masin pula terasa
Pekong didada berat dibicara
Karam hidup tiada diduga
Untung diharap rugi menimpa

Bintang kejora impian nyata
Hilang gapai di angkasa luas
Hati pelita sering berkata
Matlamat tercapai walau sekilas

Aur dan tebing sering berganding
Pukulan arus tidak bercerai
Sahabat yang mulia jarang berdamping
Tapi dihati tak pernah terlerai

4 comments:

InaOK said...

I like the part:

" Sahabat yg mulia jarang b'damping
tapi di hati tak pernah terlerai"

Dan saya ada sahabat yang paling saya ingat walau tidak pernah bersua :)

Unggas Rimba said...

siapa kah sahabat tu?
mcm mana boleh tak pernah bersua?

Unggas Rimba said...

oh.. Sahabat yang dimaksudkan tu Hang Tuah ye? Patutla tak pernah jumpa... tapi adakah Hang Tuah ini yang membuat awak sedih kerana Dilupai; like what u said in your blog?

InaOK said...

Memang 'Hang Jebat' buat saya sedih kerana saya rasa dilupai ... Dulu kami rapat. Saya boleh ceritakan apa saja pada dia
dan saya tidak rasa saya menganggu hidupnya.
Tapi antara saya dgn 'Hang Jebat' sebenarnya umpama enggang dgn pipit
Sekarang kalau bercerita, saya rasa seperti saya menganggu dia ... :(
And sebenarnya I understand how you feel dlm "Kehilangan" coz I've been there .. so my comments kat situ was as much for me as it is for u ... kiranya like memujuk hati sendiri... hehehe ;)