Monday, July 10, 2006

Antara iLusi, Fantasi dan Realiti

ILUSI:
Bercinta dengan yang sering dihati tapi tak pernah bertentangan mata
(Cinta Delusi)

FANTASI:
Bercinta yang indah dimata tapi tiada apa di hati
(Cinta Berahi)

REALITI:
Bercinta dengan yang ada dimata dan selalu dihati
(Cinta Sejati)

Saturday, July 08, 2006

Seandainya Masih Ada Lagi

Sudah lama aku mencari
Masih tiada jawapan lagi
Tapi akan ku tahu nanti
Walaupun tiada yang mengerti
biarlah aku bersendiri
mencari jawapan yang hakiki

Seandainya aku tiada lagi
Biarlah engkau bahagia sendiri
Usah engkau bersedih lagi
Biarlah engkau tegak berdiri

Seandainya masih ada lagi
Biarlah aku cari sendiri
Usah kau resah dihati
Aku akan selesaikannya nanti;
Bersendiri

Wednesday, July 05, 2006

Perantauan

Diperantauan aku berada
Mengorak langkah ke perlabuhan bertiti
Imbasan kenangan masih hangat terasa
Pengalaman indah akan ku simpan di minda hati

Thursday, June 29, 2006

Perindu

Jadilah perindu selama aku tiada disini
Rindui lah aku di minda hati
Jadilah perindu selama aku tiada disisi
Rindui lah aku di sanubari

Wednesday, June 21, 2006

Pantun Pertama

Gula disenduk masin pula terasa
Pekong didada berat dibicara
Karam hidup tiada diduga
Untung diharap rugi menimpa

Bintang kejora impian nyata
Hilang gapai di angkasa luas
Hati pelita sering berkata
Matlamat tercapai walau sekilas

Aur dan tebing sering berganding
Pukulan arus tidak bercerai
Sahabat yang mulia jarang berdamping
Tapi dihati tak pernah terlerai

Monday, June 19, 2006

Kehilangan

Di dalam kegelapan, tiada pelita mengharungi perjalanan ku.
Di dalam kesepian, di manakah insan yang ku namakan teman?

Thursday, June 08, 2006

Pelita - khas utk Fateha

Kamu ibarat pelita...
Menerangi kehidupan
Mengisi kekosongan
Menceriakan suasana
Memberi makna di dalam diri

Kamu kemari tanpa di duga
membesar diruang waktu tanpa ku sedar
memberi kebahagian tanpa dipinta

tak letih-letih
menghiburkan dikala sunyi
mengusik jiwa setiap hari

tak penat bermain-main
tak penat melonjat-lonjat
tak penat memekik
tak penat tersenyum

kalau boleh diputarkan waktu,
aku mahu menjadi pelita
bangga akan kehebatan mu

Dicintai setiap hari
di belai dan di manja
seperti kamu.....