Monday, October 30, 2006

Dalam

Dalam mencari diri
Aku dipertemukan kebenaran

Dalam kebenaran
Aku dilanda cinta

Dalam cinta
Aku meraih ketenangan

Monday, October 02, 2006

Gemersik Hati

Sayang....
walau kasih kita tidak kemana
Aku masih percaya akan keikhlasan mu
ikatan mungkin akan berakhir
rasa mungkin telah berdetik
hati mula berbisik
kian parah berdarah
hanya mampu pasrah
hidup matiku hanya untuk mu
kerna kaulah kasih sejati

Kasih...
Andai kau lari jauh
Aku tetap menyayangimu
Andai kau bersalah
Aku mahu tetap kamu
Andai engkau memungkiri
Aku masih cintakan mu

Cinta.....
akan ku abadikan sayang mu itu
akan ku tenun kasih mu dihati
akan ku lakarkan potret mu
walau tiada gemersik
dihati ini lagi,
disisi